Want your
own Fotopage?














 
FOTOBLOG MENTERI BESAR JOHOR
Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor
By: Unit Media dan Komunikasi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Dec-2008 11:02 Email | Share | Bookmark
Pelancaran LEGO LAND MALAYSIA di Horizon Hill Johor



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

kita skali lagi berbangga dengan pembangunan sebegini...tahniah johor...tahniah MB... Sun 14-Dec-2008 11:17
Posted by:peminat
terima kasih..xpe kita tunggu dan lihat pembangunannya nanti... Fri 26-Dec-2008 03:16
Posted by:medkom  - [Link]
salam...saya dari 1st kolej,universiti malaya..datuk Ghani pernah menjadi pengetua di kolej kediaman saya. Jadi
Sidang redaksi majalah kami ingin menemu ramah datuk. Boleh beritahu saya bagaimana saya boleh menghubungi
datuk dan membuat temujanji dengan beliau?

segala maklumat boleh disalurkan melalui alamat email saya
mr.phyz_88@yahoo.com.my
Tue 20-Oct-2009 16:20
Posted by:Hazwan mr.phyz_88@yahoo.com.my
assalamualaikum YB datuk..... saya mewakili penduduk kampung Sri gambut Melayu Raya Pekan Nenas ingin tahu kenapa jalan di kampong kami masih belum di TAR. Telah lebih 20 tahun kami menanti janji-janji pemimpin setiap kali pilihanraya diadakan sedangkan kami adalah penyokong kerajaan Barisan Nasional. Tidak ada satu pemimpin pun yang datang menjenguk di kampung kami walaupun maasalah ini telah diajukan kepada pemimpin tempatan. di harap pihak Datuk dapat memberi perhatian terhadap masalah kami. Sun 1-Nov-2009 11:02
Posted by:alias- kg sri gambut melayu raya alias.amat@yahoo.com
YAB Datuk...... Saya ingin menarik perhatian pihak Datuk untuk meninjau Jalan kampong saya.... Jalan kuala kabong Kulai Johor. Ia merupakan jalan utama menghubungkan daerah Kulai dengan Pontian.... namun malang sekali jalan tersebut tiada kemudahan yang telah di janjikan oleh pemimpin setiap kali pilihanraya akan di adakan. Kami penduduk kampong adalah penyokong kerajaan Barisan Nasional. Datang dan jenguklah keadaan jalan di kampung kami.....kasihan arwah ayah.... ingin sangat melihat Jalan di TAR tapi tidak kesampaian. 20tahun menunggu... akhirnya 7hb Ogos 2009 kembali kerahmatullah dengan impian tidak kesampaian..... harapan saya agar tindakan dapat di lakukan dengan serta merta.....Slogan Rakyat di Dahulukan mestilah di kotakan. terimakasih. Sun 1-Nov-2009 11:12
Posted by:Norani anihalel@yahoo.com
assalamualaikum,

tahniah YAB Datuk atas pembangunan yang pesat yang dijalankan di Negeri Johor ini dan terima kasih kami semua atas segala kemajuan yang YAB Datuk lakukan demi kesejahteraan rakyat Johor khususnya.

Saya bagi pihak Surau Al-Ehsan, Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Kulai ingin mengutarakan permasalahan kami di sini.

Untuk pengetahuan YAB Datuk, Surau Al-Ehsan ini telah didirikan dengan kudrat gotong royong penduduk dan dari hasil sumbangan orang ramai. Perasmian telah dilakukan oleh YB Zainal Jidin pada bulan Mac 2007. Namun beberapa msalah masih tergantung.

1. Pewakafan tanah tapak surau masih belum mendapat kelulusan. Makluman terakhir yang diterima dari Pejabat Agama Kulai ialah sedang diusahakan. Namun masih belum mendapat khabar berita lagi.
2. Pentauliahan imam dan bilal juga belum mendapat jawapan dari pihak Jabatan Agama.Ini menyukarkan kerana tanpa imam yang ditauliah kami terpaksa mencari imam luar bila adanya kematian atau sebagainya.
3. Peruntukan Surau. Kami hanya mendapat dana dari sumbangan kariah di sini dan dana yang diterima tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti surau. Salah satu cara untuk meramaikan penduduk ke surau adalah dengan menjalankan aktiviti. Mudah-mudahan dengan kerapnya mereka ke surau, lambat laun hati mereka akan terus tertarik untuk terus mengimarahkan surau. Begitu juga dengan prasarana yang masih banyak yang diperlukan. Tempat mengambil wuduk yang tidak berbumbung dan bercampur antara lelaki dan wanita. Andainya ada peruntukan, kami memerlukan tempat mengambil wuduk yang berasingan antara lelaki dan wanita. Surau tiada kubah, pembesar suara yang tidak cukup kekuatan dan antara yang penting tiada lampu jalan ke surau kami. Ini menyukarkan jemaah untuk hadir terutama jemaah wanita yang kebanyakannya berjalan kaki. Kalau boleh kami memohon kemudahan lampu jalan dapat disegerakan.

Kami mengharapkan agar YAB Datuk dapat menyegerakan kelulusan dan peruntukan bagi kami di sini. Mungkin juga YB Datuk kiranya berkesempatan dapat meninjau kawasan perumahan kami yang juga dalam masalah untuk mendapatkan geran rumah atas sebab tanah masih lagi belum pecah geran dan sehingga kini masih tergantung dan kami tidak lagi tahu ke mana arah untuk mengadu.

Sekian terima kasih
Sun 27-Dec-2009 15:00
Posted by:khairuddin bin haji. mohd.afandi akira_khdin@hotmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.