Want your
own Fotopage?






 
FOTOBLOG MENTERI BESAR JOHOR
Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor
By: Unit Media dan Komunikasi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Apr-2008 05:49 Email | Share | Bookmark
Wakil Rakyat Angkat Sumpah Ahli Dewan Negeri


Dato' Haji Abdul Ghani Othman melafazkan angkat sumpah di depan Speaker Dewan Negeri Johor, Dato’ Mohd Ali Hassan ketika majlis angkat sumpah bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor

Lima puluh enam wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Johor
JOHOR BAHRU, 21 April: Lima puluh enam wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Johor pada satu majlis ringkas di sini.

Terdahulu, Dewan Negeri sebulat suara menyokong perlantikan Dato’ Mohd Ali Hassan sebagai Speaker.
Perlantikan beliau dicadangkan oleh Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman.

Ini adalah penggal kedua berturut-turut Mohd Ali memegang jawatan itu.Turut dilantik ialah Timbalan Speaker yang disandang oleh wakil rakyat Buluh Kasap, Datuk Othman Jais.

Abdul Ghani kemudian mengetuai upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negeri dan disusuli oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta wakil rakyat lain.

Pada Pilihan Raya Umum lepas, Barisan Nasional Johor memenangi 50 daripada 56 kerusi Dewan Negeri sementara DAP memperolehi empat manakala dua lagi kerusi dimiliki PAS.

Dewan Negeri dijadual bersidang pada Mei depan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net