Want your
own Fotopage?














 
FOTOBLOG MENTERI BESAR JOHOR
Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor
By: Unit Media dan Komunikasi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Sep-2008 09:09 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 di Mersing


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....



En Azmee tajuk tu silap tu, rasanya kat Mersing sambutan peringkat negeri Johor tahun ni. Tue 23-Sep-2008 02:36
Posted by:wakjaman eiwan68@yahoo.com  - [Link]
kalau MB ada majlis di BP informla kat kami disini, boleh sibuk2 shoot...
http://www.csp.com.my
Thu 25-Sep-2008 07:07
Posted by:msmacsp  - [Link]
harap maaf..sekali lagi kesilapan berlaku...terima kasih encik adi...
en.msmacsp...x jadi masalah ...kalo ade rajin2 ke web PMBJ...
Tue 30-Sep-2008 00:29
Posted by:medkom
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 07:06 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-28 2008




Kejohanan Karate Senior Peringkat Kebangsaan kali ke 28 bagi tahun 2008 telah di adakan di stadium tertutup MBJB selama dua hari. Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani bi Othman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....



Care to comment?


Monday, 4-Aug-2008 06:03 Email | Share | | Bookmark
FESTIVAL ZAPIN NUSANTARA II 2008



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....



terima kasih kalian...meh ramai2 join portal baru kami di www.medkom.my Wed 6-Aug-2008 14:32
Posted by:medkom
Sahut...hehehe. Dah masuk pun gamba bunga. Ini macam la baru ada seri...
Tp aku masih berkenan ngan mat bunga baju pink kat atas tu la... ada no h/p dia tak?? Auuw!!
Wed 6-Aug-2008 15:24
Posted by:Kembara
mesti susah kan nak amik gamba event yg macam ni. lawa la bro.. nice! Tue 19-Aug-2008 08:06
Posted by:sharizals  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 01:03 Email | Share | | Bookmark
Kembara Mahkota Johor 2008



Pelancaran ekspedisi disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Ali Hassan, di perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan pagi ini.

Program empat hari yang akan berakhir di Hutan Bandar Putra, KulaiJaya, diiringi 30 motosikal berkuasa tinggi dan 50 kenderaan lain terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan dan media.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, yang turut hadir pada majlis tersebut berkata KMJ adalah lambang keprihatinan istana terhadap rakyat jelata.

“Selain meninjau pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini, penduduk luar bandar, golongan miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), petani, penternak dan nelayan turut diberi perhatian sewajarnya.

“Penjelajahan kali ini sarat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bantuan perumahan, penjagaan kesihatan, program ekonomi, kebajikan, agama, pendidikan dan riadah,” katanya.

Program yang diilhamkan oleh Tunku Ibrahim Ismail pada 2001 ini bertujuan mendekatkan institusi istana dengan rakyat Johor. Kini ia menjadi acara tahunan negeri.

Abdul Ghani berkata, dengan penglibatan pihak istana, pemimpin kerajaan dan rakyat, KMJ mampu meningkatkan kesejahteraan serta memperkukuh perpaduan rakyat berbilang kaum negeri ini.

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

Ekspedisi berkenaan akan singgah di 30 tempat termasuk balai raya, sekolah, klinik desa, tapak rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), tapak Fiesta Nanas, gerai makan, rumah anak yatim, pejabat majlis daerah, tempat peranginan, ladang pertanian dan rumah baitulmal.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....



cayalah bro.. kalo ada event kontek ar bro ble ar aku menyelit join hehehe Sat 2-Aug-2008 09:12
Posted by:areteam  - [Link]
boleh saje...boleh tgk jadual media MBJohor yerk... Sun 3-Aug-2008 11:46
Posted by:medkom
Add comment


Tuesday, 8-Jul-2008 10:13 Email | Share | | Bookmark

Sebatang Pokok Untuk Setiap Lima Petak Meletak Kenderaan
wartawan medkom l roza


JOHOR BAHRU, 7 Julai: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor dicadang menanam sebatang pokok bagi setiap lima petak meletak kenderaan bagi mewujudkan persekitaran yang redup.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman berkata cadangan itu juga adalah sebagai satu usaha menambah bilangan pokok di negeri ini.

Katanya ia perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengimbangi populasi penduduk di negeri ini.

“Pokok diperlukan untuk menyerap gas karbon dioksida yang dihembus keluar apabila kita bernafas dan dalam setahun, manusia menghembus 10 tan karbon dioksida ini.

“Sebatang pokok hanya mampu menyerap satu tan sahaja gas berkenaan dan ini bermakna setiap individu memerlukan 10 batang pokok bagi mengurangkan peredaran gas karbon dioksida,” katanya.

Berucap merasmikan pameran dan ceramah Pokok Untuk Kehidupan di sini, Abdul Ghani berkata mengorbankan satu petak meletak kenderaan untuk satu komponen dalam ekosistem harus dianggap wajar.

“Usaha ini tidak mengambil keseluruhan kawasan meletak kereta.

“Kita yakin beberapa petak yang dikorbankan itu akan membawa lebih manfaat kepada manusia sejagat dan orang ramai akan menghargainya,” katanya.

Abdul Ghani berkata sejak kempen menanam pokok dilancarkan pada 1997, hampir 1.1 juta pokok telah ditanam di seluruh Johor, jauh melebihi sasaran 775,000 pokok.

“Sasaran baru kita kini ialah 100,000 batang pokok setahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....



Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Mon 21-Jul-2008 11:48
Posted by:unnamed
mmg patut pun tanam banyak pokok... biar redup sikit muka bumi ni di samping dpt tambahkan bekalan oksigen semulajadi... Fri 25-Jul-2008 02:42
Posted by:Ika  - [Link]
kt rumah ika banyak tanam pokok ke.... Wed 30-Jul-2008 01:16
Posted by:medkom
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 1-Jul-2008 03:17 Email | Share | | Bookmark
Perasmian Rakan Wajadiri di Dataran Ledang



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

Thankz bro,,tapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki... Sat 5-Jul-2008 09:26
Posted by:NAZ maggotland_86@yahoo.com.my  - [Link]
Bro...ada entry terbaru.jom tengok Mon 7-Jul-2008 09:20
Posted by:NAZ maggotland_86@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 09:01 Email | Share | | Bookmark
Iskandar Malaysia Bakal Jadi Hab Petroleum Serantau

wartawan medkom l aivizanoorwani shah shahroni

JOHOR BAHRU, 12 Jun: Iskandar Malaysia bakal menjadi pusat perdagangan minyak dan gas untuk rantau sebelah sini yang mengendalikan urusniaga bernilai ratusan juta ringgit.

Usaha ke arah itu dijangka menjadi kenyataan menjelang akhir tahun depan apabila siapnya kompleks Asia Petroleum Hub (APH) yang berharga RM1.5 bilion di Tanjung Bin.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman berkata APH mampu menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dengan kos yang lebih kompetatif

Katanya dengan kemudahan canggih, perkhidmatan yang cekap dan kos yang berpatutan yang ditawarkan APH itu, ia akan menjadi pilihan utama pedagang komoditi berkenaan.

“APH berupaya menjadi pangkalan serta pusat pengagihan produk petroleum setanding Singapura,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Kompleks Serbaguna APH yang berharga RM50 juta di Tanjung Kupang dekat Gelang Patah.

Kompleks di atas tapak berkeluasan 4.85 hektar itu akan beroperasi sebagai pusat pembuatan dan pemprosesan barangan keluli yang bernilai lebih RM350 juta sebelum dihantar ke Tanjung Bin bagi pembinaan hab berkenaan.

Perasmian kompleks itu disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail.

Abdul Ghani berkata dengan pelbagai produk petroleum menerusi teknologi campuran dan homogen, APH mampu mengimbangi pengaliran pertukaran wang asing dan pergantungan Malaysia terhadap Singapura untuk produk berkenaan.

Katanya industri maritim seperti pembuatan dan pembaikan kapal, perkhidmatan kapal tunda dan kejuruteraan di Iskandar Malaysia juga bakal tumbuh dengan lebih pesat.

Beliau juga berkata sehingga RM150 juta dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan ini.

“Kita tidak perlu lagi menghantar minyak ke Singapura mahupun negara lain untuk diproses kerana ia boleh dilakukan di APH,” katanya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

Care to comment?


Wednesday, 11-Jun-2008 01:49 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Citrawarna dan Citrarasa Malaysia 2008





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

x tau pula ada citrawarna kat johor ni.... Sat 14-Jun-2008 08:46
Posted by:zubir jejaka68@gmail.com
cANTIK Sun 15-Jun-2008 15:14
Posted by:naz maggotland_86@yahoo.com.my  - [Link]
kalo nak tau segala jadual event...bleh tgk kt www.pmbj.gov.my...
Tue 17-Jun-2008 03:37
Posted by:MEDKOM  - [Link]
Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 02:33 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Zapin Johor 2008




Pertandingan Zapin Johor 2008
Dewan Tertutup MBJB
1 Jun 2008

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

best2 gambar....hehhe....thanks bro sebba ajak aku sekali...aku tak sempat nak letak lagi kat fotopages..... Tue 3-Jun-2008 05:14
Posted by:naseribrahim penjejak_neraka0410@yahoo.com  - [Link]
TERIMA KASIH ENCIK NASERIBRAHIM.....BLEH SAJE... Tue 3-Jun-2008 07:31
Posted by:medkom  - [Link]
Add comment


Tuesday, 27-May-2008 01:15 Email | Share | | Bookmark
Pulau Pisang: Kedaulatan Malaysia Jelas


JOHOR BAHRU, 26 Mei: Kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang tidak pernah tergugat meskipun pengurusan rumah api di pulau itu dikendalikan Singapura.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman berkata republik itu hanya diberi kebenaran terhadap laluan dari jeti ke rumah api berkenaan.

Katanya petugas yang mengendalikan rumah api itu pula perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa Malaysia di Kukup.

“Kita mewajibkan mereka melaporkan diri kepada Jabatan Imigresen, Jabatan Laut dan Jabatan Kastam setiap kali bertukar giliran kerja.

“Ia jelas menunjukkan Pulau Pisang milik mutlak Malaysia,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Ijtimak Huffaz al-Quran Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar sini sini.

Abdul Ghani diminta mengulas kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan status Pulau Pisang turut ditimpa nasib seperti Pulau Batu Puteh apabila kerajaan dilihat seolah-olah tidak mengendahkan tindakan Singapura mengendalikan rumah api di pulau berkenaan.

Penyelenggaraan dan operasi rumah api itu dikendalikan oleh Singapura sejak 1900 berikutan perjanjian antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat yang memberi kuasa kepada ibu pejabat Gabenor Negeri-Negeri Selat yang berpusat di Singapura mengendalikan kemudahan berkenaan.

Singapura kemudian mengambil alih operasi itu setelah pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat berakhir.

Abdul Ghani menegaskan syarat berkaitan Imigresen dan Kastam yang dikenakan terhadap petugas rumah api itu membuktikan bahawa Singapura akur dengan pemilikan hak Pulau Pisang.

Republik itu malah mengiktiraf Pulau Pisang yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pantai Pontian Kechil sebagai wilayah Malaysia. Jaraknya dengan Singapura ialah kira-kira 100 kilometer.

Kementerian Luar Singapura menerusi laman webnya http://app.mfa.gov.sg pada 25 Januari 2005 menyatakan pengiktirafannya mengenai kedaulatan Malaysia ke atas pulau berkenaan.

Abdul Ghani berkata rekod Pejabat Tanah dan Galian juga menunjukkan bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia.

Mengenai masa depan pulau itu, beliau tidak menolak kemungkinan ia dibangunkan.

“Ia sebuah pulau yang indah dan berpotensi dibangunkan kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh dari Pontian,” katanya.

Adul Ghani berkata kerajaan pernah membenarkan kira-kira 80 penduduk dari sekitar Pontian membuka dusun buah-buahan di pulau itu tetapi tidak diberikan hak milik.

“Kebenaran itu telah ditarik balik tetapi mereka masih lagi memungut hasil dari dusun berkenaan,” katanya.

Selain Pulau Pisang yang berkeluasan 178.4 hektar, terdapat tiga pulau kecil berhampiran iaitu Sauh, Tunda dan Kemudi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AZMEE BIN AWANG
PEGAWAI PENYELIDIKAN
Unit Media dan Komunikasi
Pejabat Menteri Besar Johor

+6017.7011.487



untuk keterangan lanjut l sila lawati laman web rasmi Pejabat Menteri Besar Johor l www.pmbj.gov.my
MEDKOM menerima apa sahaja komen dan pandangan anda tentang kami.
kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama berCHATdi ruangan komen ini....

JOHOR OH JOHOR...
sob-sob...
same2 lah kita jadikan sbg pelajaran..
Sat 31-May-2008 11:59
Posted by:dinie...??? chek it out diniemasjuki@candidsyndrome.com  - [Link]
hehe..
actually saye ni bukan le duduk kat johor...
tapi asal kelahiran dan keturunan johor jer..
Fri 6-Jun-2008 06:11
Posted by:Dinie.. diniemasjuki@candidsyndrome.com
wah MEDKOM ade FP gak ek..tahniah tok blog ni n staff disebaliknye Bet, Fadzli dan yg lain2..
geng CS pun kat cni...kem salam geng2 CS lain especially Adi Nang..
Sama2 kita doa, Semoga kedaulatan Pulau Pisang tidak akan tergugat..
Fri 25-Jul-2008 09:30
Posted by:jas@theportrait empiart@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.